Wednesday, 6 June 2012

Dilema Irshad Manji

Irshad Manji is coming to Malaysia?

1. Umat Islam perlu sepakat membantah kedatangannya. Setiap individu muslim hendaklah menjaga tanggungannya daripada pengaruh jahiliyah ini. 

2. Allah swt berfirman:
يا أيها الذين آمنوا قوا أنفسكم وأهليكم نارا

3. Fahami misi dan perjuangan Irshad Manji dan kesannya terhadap masyarakat dan pemikiran ummat Islam.

4. Semua jemaah, NGO, parti politik, yayasan dan mana-mana badan yangg mewakili suara umat ISLAM wajib membantah kedatangannya secara bersama ataupun tidak.

5. Setiap pihak perlu merasa tanggungjawab bahawa ini adalah masalah bersama.

6. Tidak perlu menunjuk-nunjuk pihak lain untuk bersuara dan juga tidak perlu politikkan isu, contohnya "mana suara A, mana suara B?" dll.

6. Sekiranya terlaksana juga, kita mengakui betapa dayusnya kerajaan kita dan betapa lemahnya suara umat Islam di Malaysia.

7. Kita hendaklah memperhatikan dan menganalisa sejauh mana pengaruhnya terhadap masyarakat dan sejauh mana mereka tersasar.

8. Berhenti menyalahkan dan mula menyusun langkah dan strategi untuk selamatkan ummat.





---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Menyekat kedatangan Irshad Manji tidak menutup ruang perbincangan. Dia perlu tau "stand" Islam yang sebenar lalu berbincanglah jika mahu. Bukan berbincang lalu "stand" Islam ditentukan melalui perbincangan tsb.


Dia tak perlu ke Malaysia untuk berbincang malah bebas memilih mana-mana negara yg sanggup terima. Dua perkara yang pasti berlaku:
1- Penyebaran fikrah beliau melalui pendedahan media atas alasan perbincangan. 
2- Umat Islam ditinggal ber"jidal" dalam menentukan pendirian.




-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




"Tolong jelaskan kepada saya" adalah statement yang perlu ditakwilkan. Adakah dia mencari jawapan untuk dirinya. Atau ingin menimbulkan persoalan untuk orang lain.

Sangkaan (dzon) hati saya yang tidak bersih ini mengindikasikan bahwa takwilan kedua lebih kuat. Atas banyak alasan antaranya penubuhan yayasan untuk memperjuangkan ideologinya, dia juga memilih Indonesia dan Malaysia sebagai sasaran untuk lancarkan bukunya yang telah pun diterjemah. Banyak lagi alasan dan sentimen lain.

Antara benteng utama ummat Islam saat ini yaitu sadduz zaraai' telah pun hancur dengan kejayaan dia melancarkan buku tsb.

Ulama'-ulama'  mutaqaddimin khususnya dalam bidang aqidah salafiah tidak suka dan tidak mengesyorkan orang awam mempelajari ilmu kalam. Bahkan ada yang mengharamkan. Bukan kerana jumud, tetapi kerana sadduz zaraai' melihat lemahnya kemampuan ilmuwan-ilmuwan Islam (apalagi awam) dalam menjawab persoalan-persoalan yang dikemukan ahli filsafat barat.

Bahkan di Malaysia, ana tak yakin ramai yang mampu puaskan Irshad Manji dengan jawapan kepada soalan yg diberikan di atas. Dan juga soalan2 lain. Untuk memuaskan diri sendiri dan mereka yang sedianya islamik mungkin boleh.

Ya, pada akhirnya benteng dah roboh, dan buku telah pun dilancarkan. Perang ideologi bermula lagi dalam episod yang baru. Menjadi tanggungjawab mahasiswa (baca: mahasiswa jordan) untuk terus menuntut Ilmu dan membuat kerja rumah ini. Segala persoalan yg ditimbulkan Irshad Manji dan yang telah tersebar melalui media perlu dijawab dengan ilmu dan hikmah.

Tak perlu letak hadaf dakwah Irshad Manji, agak jauh nampaknya. Cukuplah untuk selamatkan aqidah diri, keluarga dan rakan2.
Tidakkah kita perlu syukuri nikmat hidayah yang Allah beri selama ini?

Wallahu a'lam



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Perlu dilihat bahawa di sana ada mad'u dalam pelbagai kategori. Ada mad'u yang sedianya perlu dijaga dan dipertahankan fitrahnya sebagai muslim normal dan ada juga seperti yang tidak. Pendekatan tak sama, jadi konteks perbincangan pun tak sama. Seperti dakwah kepada mereka yang lahir syiah dan yang mati-matian berdakwah kepada syiah. 

Jadi perdebatan atau perbincangan untuk menentukan pendekatan yang paling tepat bukanlah perjuangan sebenar. Masing-masing perlu bertindak sesuai kapasiti dengan pendekatan yang dipilih. Kepelbagaian itu yang akan mencerminkan Islam secara adil.

No comments:

Post a Comment