Wednesday, 6 June 2012

Bersepakat?

Saya yakin semua setuju jika saya kata banyak cara untuk menangani isu murtad.

Saya setuju pendapat mereka yang kata perlu kita tukar kerajaan kepada yg mahu mendaulatkan Islam. 
Saya setuju pendapat mereka yang mahu institusi zakat dan baitulmal diperbaiki.
Saya setuju pendapat mereka yang anjurkan Himpun untuk sedarkan ummat berkenaan isu ini.
Saya setuju dengan mereka yang pilih pendekatan praktikal seperti ziarah jiran sekampung, tolong menolong, memberi bantuan kemanusiaan dan saling mengingatkan.
Saya setuju dengan mereka yang pilih untuk berceramah di masjid-masjid dan mengadakan kursus2 keagamaan khususnya bab aqidah.
Saya setuju pendapat mereka yang katakan islah perlu bermula dari setiap individu muslim.

Bagi saya tidak ada satu pun pendapat yang ada ini bertentangan antara satu sama lain bahkan saling kuat menguatkan. Kenapa perlu ada fenomena saling menjatuhkan, saling memburukkan dan saling memboikot antara satu sama lain.

Tidakkah kita lebih perlu kenal siapa musuh dan siapa kawan sebelum masuk ke medan perang?

Ketahuilah, andai kata semua rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam, cukup makan dan hidup serba ada, kalau pun pemimpin kita telus dan harta zakat diagih dengan seadilnya, KETAHUILAH bahawa gerakan kristenisasi atau gerakan memurtadkan umat Islam tetap berjalan.

Berlapang dada lah kita. Bersikap terbuka dan saling terima. Kenalilah musuh kita. Fahamilah perjuangan kita.

Sekian.

No comments:

Post a Comment