Wednesday, 6 June 2012

Bait Muslim?

Lagi-lagi isu kawen. Kepada abang2 naqib dan akak2 naqibah di luar sana, 

Jadi naqib/ah tidak cukup faham polisi jemaah je, maslahah syar'iyyah pun kena faham juga, kerana matlamat kita daulatkan Islam bukan jemaah.

Anak buah (khususnya akhwat) kalau dah berumur tu, jangan kamu suruh tolak pinangan orang HANYA kerana berbeza jemaah. Apalagi kalau:

-kamu tiada alasan lain yang syar'i utk menolak
-kamu tidak memberi pilihan lain
-kamu bahkan tidak kenal orang yg meminang anak buah kamu itu

قال صلى الله عليه وسلم: (إذا أتاكم من ترضون خلقه ودينه فزوجوه إلا تفعلوه تكن فتنة في الأرض وفساد كبير) رواه الترمذي وغيره

http://almuaiqly-maka.yoo7.com/t294-topic


http://islamqa.com/ar/ref/10196

Berhati-hatilah, jangan kerana kita malah timbul fitnah. Anak buah dah berumur kita tunggu apa lagi? Naudzubillah.

Istisyarah lah. Nyatakan alasan bukan bagi arahan.

Saya nyatakan ini tidak khusus untuk mana-mana jemaah. Saya juga tidak menyatakan "match-making" itu salah. Saya menyokong pembinaan bait muslim berteraskan usaha dakwah dan tarbiyah. Ini fikrah maka saya sampaikan kepada semua. Saya sayang jemaah, saya juga sayangkan ummat ini. Baarakallah fiikum :)

No comments:

Post a Comment