Wednesday, 6 June 2012

Persamaan dan Perbezaan

Biasanya kita
Hanyut dalam persamaan, sampai tak dapat terima kelainan.

Kita juga biasanya
Terlalu fokus kepada perbezaan, hingga lupa ada persamaan.

Harian Metro..aduhai...

Harian Metro memang selama ini terkenal dengan cerita-cerita tak betul, tak berfakta, khurafat, tak munasabah, gosip, fitnah, jenayah dan sebagainya. Orang baca metro pun seronok-seronok je macam baca komik dengan tajuk-tajuk sensasi. Kalau nak cari ilmu, maklumat atau wawasan, majalah-majalah dinding di sekolah jauh lebih baik. 

Pointnya adalah, "Syaitan Watak Manusia" memang sangat sesuai dikeluarkan Harian Metro. Cukup syarat. Boleh dapat anugerah artikel terbaik sepanjang zaman. Tahniah!!

Mesir oh Mesir

Mari merenung seketika.

Di Mesir, revolusi telah membawa angin segar kepada perkembangan Islam. Setelah sekian lama di bawah cengkaman regim Husni Mubarak, rakyat kini lebih terdedah kepada indahnya keadilan Islam. Pendek kata, apa yang berlaku sebenarnya telah memudahkan rakyat untuk menyedari pentingnya kepimpinan Islam.

Tetapi,

Fakta menunjukkan bahwa calon presiden dari parti sekular mampu memberi saingan sengit dalam pilihanraya. Mereka yang mewarisi panji-panji Husni Mubarak masih mendapat tempat di hati masyarakat. Walaupun bukan majoriti tapi tergolong besar.

Hakikat yg perlu disedari

Bukan senang membuka mata masyarakat untuk menerima Islam sebagai jalan hidup. Tidak mudah meyakinkan manusia dengan kepimpinan Islam. Dakwah ini tiada penghujungnya. Pohon yang ditanam puluhan tahun pun belum ranum buahnya. Inikan pula kita yang masih bermain-main dan bekerja sambil lewa.

Wasatiyy?

Sudah muncul awam yang mempertikai sunnah menyimpan janggut, larangan isbal, dan haramnya musik atas nama wasatiy. Tapi bukan salah awam, salah mereka yg kurang awam.

Ia walaupun bukan pendapat yang kamu suka/pilih, adalah salah satu pendapat kuat ulama'-ulama' silam yang termaktub dalam turath islamiyyah.

Islam melarang sikap berlebihan (ghuluw). Kerana sesuatu yang berlebihan tidak pernah berada di tengah-tengah. Ambillah pendapat yang dirasa lebih tepat, lantas hormati (respect) serta berlapang dadalah dengan pendapat yang bagi kamu kurang tepat.

Ulama'-ulama' silam mempelajari, mengajarkan dan memasukkan pandangan ulama'-ulama' lain yang tidak sama hatta ulama' zahiri seperti ibnu hazm ke dalam kitab-kitab mereka dan menjadikan pandangannya salah satu pandangan yang perlu diambil kira.

Lalu kita yang datang kemudian menghentam ibnu hazm (cth) dan pandangannya lalu dengan lantang mengaku wasatiyy!!

وداعا يا صديقي

Rasulullah saw bersabda, 

ما من عبد مسلم يدعو لأخيه بظهر الغيب إلا قال الملك ولك بمثل - رواه مسلم

Ganjaran minimun bagi mereka yang mendoakan saudaranya tanpa diketahui oleh dirinya. Bonus besar kerana amalnya juga berat. Betul, kadang ia terasa mudah, apalagi bila hidup bersama, tidak berjauhan atau sama berkongsi suatu kepentingan.

Tapi bayangkan bila kita berjauhan, bila semua dah ada haluan sendiri, bila masing-masing disibukkan oleh kehidupan, bila tiada lagi "kepentingannya" dalam hidup kita, adakah masih ada sedikit masa kita luangkan untuk mendoakan saudara-saudara kita?

Semoga segala kenangan manis dan pahit, baik dan buruk setidaknya mampu menggerakkan hati kita untuk mendoakan kebaikan mereka.

Mengiringi kepulangan senior saya di jordan, Abdul Rauf Abdul Rahman, semoga tabah dan kuat menghadapi kehidupan yang kian mencabar. Gapai cita-cita dan terbanglah setingginya, tapi jangan lepaskan izzah Islam yang sudah di genggaman. Doakan kami dari kejauhan. :)

‎"أقيموا دولة الإسلام في قلوبكم تقم على أرضكم وطبقوا شرع الله على أنفسكم قبل أن تطالبوا به حكامكم"

Fenomena

Ada sekelompok manusia yang mengaku memperjuangkan sunnah dan manhaj salaf. Hasil dakwah dan didikan mereka nyata. Bila ada orang sedar kepentingan sunnah dan ada rasa ingin perjuangkannya, dia mula letak tagline kat belakang nama seperti fulan assalafy, atsary dsb. Bermula dengan nama kemudian cara fikir, akhlak sedikit demi sedikit berubah. Mereka masing-masing hebat dalam berbalas hujjah dan menghentam pihak lawan. Mereka kini dikenali sebagai satu aliran dan "jemaah". Hizbi yg menentang hizbi.

Kami dan ramai lagi orang lain yang cintakan sunnah. Kami berusaha mengikuti manhaj salaf dalam semua aspek kehidupan kami. Kami berusaha untuk tidak menafikan pihak lain yang mengaku perjuangkan sunnah walaupun tidak se"haluan" dengan kami dalam gerak kerja dakwah. Kami berusaha menjaga akhlak sebab kami yakin itu sunnah. Kami tidak melabel, menghukum atau menfitnah ulama' atau siapa sahaja kerana kami yakin itu bukan manhaj salaf. Kami cuba dengan sesederhana mungkin untuk menyampaikan "fikrah Islam" kami tanpa perlu memburuk-burukkan orang lain. Kami prihatin dengan saudara seakidah kami yang ditindas, di Syria, Palestin dll. Kami tidak menyokong kezaliman.

Kita sama dalam menegakkan tauhid. Kita sama dalam mendaulatkan Qur'an dan sunnah. Kita sama dalam memerangi bid`ah. Kita sama kerasnya menolak syiah. Kita sama memusuhi khawarij. Kita sama dalam usaha membersihkan ibadah. Banyak lagi persamaan kita.

Banyak yang sama, ketara juga perbezaannya. Berat hati mengaku salafi, kerana fitnah dakwah mereka. Semakin sukar dakwah ini, kerana sikap teman sendiri.


Allah taala berfirman,
قل إن كنتم تحبون الله فاتبعوني يحببكم الله ويغفر لكم ذنوبكم

Rasulullah saw bersabda,

لأن يهدي الله بك رجلا واحدا خير لك من حمر النعم

Perjuangkan sunnah biar dengan cara yang menepati sunnah. Perjuangkan manhaj salaf biar dengan akhlak salaf. Jangan sampai kita jadi asbab fitnah untuk dakwah. Jangan sampai kita jadi alasan untuk Islam tak diterima.