Wednesday, 6 June 2012

Persamaan dan Perbezaan

Biasanya kita
Hanyut dalam persamaan, sampai tak dapat terima kelainan.

Kita juga biasanya
Terlalu fokus kepada perbezaan, hingga lupa ada persamaan.

Harian Metro..aduhai...

Harian Metro memang selama ini terkenal dengan cerita-cerita tak betul, tak berfakta, khurafat, tak munasabah, gosip, fitnah, jenayah dan sebagainya. Orang baca metro pun seronok-seronok je macam baca komik dengan tajuk-tajuk sensasi. Kalau nak cari ilmu, maklumat atau wawasan, majalah-majalah dinding di sekolah jauh lebih baik. 

Pointnya adalah, "Syaitan Watak Manusia" memang sangat sesuai dikeluarkan Harian Metro. Cukup syarat. Boleh dapat anugerah artikel terbaik sepanjang zaman. Tahniah!!

Mesir oh Mesir

Mari merenung seketika.

Di Mesir, revolusi telah membawa angin segar kepada perkembangan Islam. Setelah sekian lama di bawah cengkaman regim Husni Mubarak, rakyat kini lebih terdedah kepada indahnya keadilan Islam. Pendek kata, apa yang berlaku sebenarnya telah memudahkan rakyat untuk menyedari pentingnya kepimpinan Islam.

Tetapi,

Fakta menunjukkan bahwa calon presiden dari parti sekular mampu memberi saingan sengit dalam pilihanraya. Mereka yang mewarisi panji-panji Husni Mubarak masih mendapat tempat di hati masyarakat. Walaupun bukan majoriti tapi tergolong besar.

Hakikat yg perlu disedari

Bukan senang membuka mata masyarakat untuk menerima Islam sebagai jalan hidup. Tidak mudah meyakinkan manusia dengan kepimpinan Islam. Dakwah ini tiada penghujungnya. Pohon yang ditanam puluhan tahun pun belum ranum buahnya. Inikan pula kita yang masih bermain-main dan bekerja sambil lewa.

Wasatiyy?

Sudah muncul awam yang mempertikai sunnah menyimpan janggut, larangan isbal, dan haramnya musik atas nama wasatiy. Tapi bukan salah awam, salah mereka yg kurang awam.

Ia walaupun bukan pendapat yang kamu suka/pilih, adalah salah satu pendapat kuat ulama'-ulama' silam yang termaktub dalam turath islamiyyah.

Islam melarang sikap berlebihan (ghuluw). Kerana sesuatu yang berlebihan tidak pernah berada di tengah-tengah. Ambillah pendapat yang dirasa lebih tepat, lantas hormati (respect) serta berlapang dadalah dengan pendapat yang bagi kamu kurang tepat.

Ulama'-ulama' silam mempelajari, mengajarkan dan memasukkan pandangan ulama'-ulama' lain yang tidak sama hatta ulama' zahiri seperti ibnu hazm ke dalam kitab-kitab mereka dan menjadikan pandangannya salah satu pandangan yang perlu diambil kira.

Lalu kita yang datang kemudian menghentam ibnu hazm (cth) dan pandangannya lalu dengan lantang mengaku wasatiyy!!

وداعا يا صديقي

Rasulullah saw bersabda, 

ما من عبد مسلم يدعو لأخيه بظهر الغيب إلا قال الملك ولك بمثل - رواه مسلم

Ganjaran minimun bagi mereka yang mendoakan saudaranya tanpa diketahui oleh dirinya. Bonus besar kerana amalnya juga berat. Betul, kadang ia terasa mudah, apalagi bila hidup bersama, tidak berjauhan atau sama berkongsi suatu kepentingan.

Tapi bayangkan bila kita berjauhan, bila semua dah ada haluan sendiri, bila masing-masing disibukkan oleh kehidupan, bila tiada lagi "kepentingannya" dalam hidup kita, adakah masih ada sedikit masa kita luangkan untuk mendoakan saudara-saudara kita?

Semoga segala kenangan manis dan pahit, baik dan buruk setidaknya mampu menggerakkan hati kita untuk mendoakan kebaikan mereka.

Mengiringi kepulangan senior saya di jordan, Abdul Rauf Abdul Rahman, semoga tabah dan kuat menghadapi kehidupan yang kian mencabar. Gapai cita-cita dan terbanglah setingginya, tapi jangan lepaskan izzah Islam yang sudah di genggaman. Doakan kami dari kejauhan. :)

‎"أقيموا دولة الإسلام في قلوبكم تقم على أرضكم وطبقوا شرع الله على أنفسكم قبل أن تطالبوا به حكامكم"

Fenomena

Ada sekelompok manusia yang mengaku memperjuangkan sunnah dan manhaj salaf. Hasil dakwah dan didikan mereka nyata. Bila ada orang sedar kepentingan sunnah dan ada rasa ingin perjuangkannya, dia mula letak tagline kat belakang nama seperti fulan assalafy, atsary dsb. Bermula dengan nama kemudian cara fikir, akhlak sedikit demi sedikit berubah. Mereka masing-masing hebat dalam berbalas hujjah dan menghentam pihak lawan. Mereka kini dikenali sebagai satu aliran dan "jemaah". Hizbi yg menentang hizbi.

Kami dan ramai lagi orang lain yang cintakan sunnah. Kami berusaha mengikuti manhaj salaf dalam semua aspek kehidupan kami. Kami berusaha untuk tidak menafikan pihak lain yang mengaku perjuangkan sunnah walaupun tidak se"haluan" dengan kami dalam gerak kerja dakwah. Kami berusaha menjaga akhlak sebab kami yakin itu sunnah. Kami tidak melabel, menghukum atau menfitnah ulama' atau siapa sahaja kerana kami yakin itu bukan manhaj salaf. Kami cuba dengan sesederhana mungkin untuk menyampaikan "fikrah Islam" kami tanpa perlu memburuk-burukkan orang lain. Kami prihatin dengan saudara seakidah kami yang ditindas, di Syria, Palestin dll. Kami tidak menyokong kezaliman.

Kita sama dalam menegakkan tauhid. Kita sama dalam mendaulatkan Qur'an dan sunnah. Kita sama dalam memerangi bid`ah. Kita sama kerasnya menolak syiah. Kita sama memusuhi khawarij. Kita sama dalam usaha membersihkan ibadah. Banyak lagi persamaan kita.

Banyak yang sama, ketara juga perbezaannya. Berat hati mengaku salafi, kerana fitnah dakwah mereka. Semakin sukar dakwah ini, kerana sikap teman sendiri.


Allah taala berfirman,
قل إن كنتم تحبون الله فاتبعوني يحببكم الله ويغفر لكم ذنوبكم

Rasulullah saw bersabda,

لأن يهدي الله بك رجلا واحدا خير لك من حمر النعم

Perjuangkan sunnah biar dengan cara yang menepati sunnah. Perjuangkan manhaj salaf biar dengan akhlak salaf. Jangan sampai kita jadi asbab fitnah untuk dakwah. Jangan sampai kita jadi alasan untuk Islam tak diterima.

Demi Masa!!

Di saat masa terus berlari
Penuh rela ia dilepas pergi
Seketika tahu takkan kembali
Tiada pula sesal di hati

Kelak disoal masa yang diberi
Lantas berharap dihidupkan lagi
Allah kotakan apa yang dijanji
Ku enggan jadi manusia rugi





والعصر * إن الإنسان لفي خسر * إلا الذين أمنوا وعملوا الصالحات وتواصوا بالحق وتواصوا بالصبر * 



"Demi masa! Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Yang berpesan2 dengan kebenaran. Dan berpesan2 dengan kesabaran."

Feminisme

Islam adalah agama yang sangat menjunjung tinggi martabat kaum wanita. Dan martabat ini ditentukan dan disusun secara teknikel oleh Tuhan yang menciptakan manusia. Dia yang paling arif tentang ciptaanNya. Kemudian barat datang dengan fikrah feminisme untuk mengklaim seakan-akan merekalah yang telah memperjuangkan hak wanita. Seakan-akan Islam tidak menghargai wanita. Tujuannya pada hakikat bukanlah untuk menuntut kesamarataan, tetapi untuk menfitnah Islam dan merosakkan sistem atau budaya hidup yang islamik. Sila buktikan jika fakta ini salah. Sejarah dan realiti menunjukkan bahwa barat tidak sedikit pun menjunjung tinggi martabat wanita. Sedangkan ibu-ibu yang hidup dengan kefahaman Islam yang benar (islamik) telah melahirkan sejumlah ulama' dan pejuang yang hebat-hebat. 

Dilema Irshad Manji

Irshad Manji is coming to Malaysia?

1. Umat Islam perlu sepakat membantah kedatangannya. Setiap individu muslim hendaklah menjaga tanggungannya daripada pengaruh jahiliyah ini. 

2. Allah swt berfirman:
يا أيها الذين آمنوا قوا أنفسكم وأهليكم نارا

3. Fahami misi dan perjuangan Irshad Manji dan kesannya terhadap masyarakat dan pemikiran ummat Islam.

4. Semua jemaah, NGO, parti politik, yayasan dan mana-mana badan yangg mewakili suara umat ISLAM wajib membantah kedatangannya secara bersama ataupun tidak.

5. Setiap pihak perlu merasa tanggungjawab bahawa ini adalah masalah bersama.

6. Tidak perlu menunjuk-nunjuk pihak lain untuk bersuara dan juga tidak perlu politikkan isu, contohnya "mana suara A, mana suara B?" dll.

6. Sekiranya terlaksana juga, kita mengakui betapa dayusnya kerajaan kita dan betapa lemahnya suara umat Islam di Malaysia.

7. Kita hendaklah memperhatikan dan menganalisa sejauh mana pengaruhnya terhadap masyarakat dan sejauh mana mereka tersasar.

8. Berhenti menyalahkan dan mula menyusun langkah dan strategi untuk selamatkan ummat.





---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Menyekat kedatangan Irshad Manji tidak menutup ruang perbincangan. Dia perlu tau "stand" Islam yang sebenar lalu berbincanglah jika mahu. Bukan berbincang lalu "stand" Islam ditentukan melalui perbincangan tsb.


Dia tak perlu ke Malaysia untuk berbincang malah bebas memilih mana-mana negara yg sanggup terima. Dua perkara yang pasti berlaku:
1- Penyebaran fikrah beliau melalui pendedahan media atas alasan perbincangan. 
2- Umat Islam ditinggal ber"jidal" dalam menentukan pendirian.




-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




"Tolong jelaskan kepada saya" adalah statement yang perlu ditakwilkan. Adakah dia mencari jawapan untuk dirinya. Atau ingin menimbulkan persoalan untuk orang lain.

Sangkaan (dzon) hati saya yang tidak bersih ini mengindikasikan bahwa takwilan kedua lebih kuat. Atas banyak alasan antaranya penubuhan yayasan untuk memperjuangkan ideologinya, dia juga memilih Indonesia dan Malaysia sebagai sasaran untuk lancarkan bukunya yang telah pun diterjemah. Banyak lagi alasan dan sentimen lain.

Antara benteng utama ummat Islam saat ini yaitu sadduz zaraai' telah pun hancur dengan kejayaan dia melancarkan buku tsb.

Ulama'-ulama'  mutaqaddimin khususnya dalam bidang aqidah salafiah tidak suka dan tidak mengesyorkan orang awam mempelajari ilmu kalam. Bahkan ada yang mengharamkan. Bukan kerana jumud, tetapi kerana sadduz zaraai' melihat lemahnya kemampuan ilmuwan-ilmuwan Islam (apalagi awam) dalam menjawab persoalan-persoalan yang dikemukan ahli filsafat barat.

Bahkan di Malaysia, ana tak yakin ramai yang mampu puaskan Irshad Manji dengan jawapan kepada soalan yg diberikan di atas. Dan juga soalan2 lain. Untuk memuaskan diri sendiri dan mereka yang sedianya islamik mungkin boleh.

Ya, pada akhirnya benteng dah roboh, dan buku telah pun dilancarkan. Perang ideologi bermula lagi dalam episod yang baru. Menjadi tanggungjawab mahasiswa (baca: mahasiswa jordan) untuk terus menuntut Ilmu dan membuat kerja rumah ini. Segala persoalan yg ditimbulkan Irshad Manji dan yang telah tersebar melalui media perlu dijawab dengan ilmu dan hikmah.

Tak perlu letak hadaf dakwah Irshad Manji, agak jauh nampaknya. Cukuplah untuk selamatkan aqidah diri, keluarga dan rakan2.
Tidakkah kita perlu syukuri nikmat hidayah yang Allah beri selama ini?

Wallahu a'lam



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Perlu dilihat bahawa di sana ada mad'u dalam pelbagai kategori. Ada mad'u yang sedianya perlu dijaga dan dipertahankan fitrahnya sebagai muslim normal dan ada juga seperti yang tidak. Pendekatan tak sama, jadi konteks perbincangan pun tak sama. Seperti dakwah kepada mereka yang lahir syiah dan yang mati-matian berdakwah kepada syiah. 

Jadi perdebatan atau perbincangan untuk menentukan pendekatan yang paling tepat bukanlah perjuangan sebenar. Masing-masing perlu bertindak sesuai kapasiti dengan pendekatan yang dipilih. Kepelbagaian itu yang akan mencerminkan Islam secara adil.

Benar vs Salah

Membawa hujjah di saat org lain tidak mampu membawa hujjah balas tidak menjadikan pendapat anda sentiasa betul. Begitu juga sebaliknya anda selalu merasa benar walau tidak mampu membalas hujjah lawan. 

Antara kehebatan ulama'-ulama' terdahulu ialah memahami isu dan memberi fatwa secara tafsil atau terperinci menepati setiap ciri-ciri dan keadaan. 

Gelojoh dalam memberi hukum dan mengeluarkan fatwa, berhujjah sebelum memahami isu, serta hebat dalam melabel dan memukul rata adalah tanda seseorang masih jauh daripada dikatakan berilmu.

Keputusan, tindakan dan cara yang salah seringkali menjadikan seseorang berada dalam zon yang salah walaupun dia sebenarnya di pihak yg benar. Lebih menyedihkan lagi jika dia memang sebenarnya di pihak yang salah.
Paksalah diri untuk sedikit kebaikan, kerana diri ini tak perlu dipaksa utk buang masa.
Terlalu banyak bicara hukum hingga sering melupakan nilai.

Uslub Dakwah


Peringatan kepada mereka yang suka
-menegur
-menghukum
-nahi mungkar

tp dgn uslub yang
-tidak sopan
-kata--kata kesat
-tidak beradab
-kuwajja

dengan alasan orang yang ditegur
-tidak layak diberi muka
-takde adab dengan Allah swt/Rasul saw
-mubtadi' / khawarij / kafir
-tak guna berlembut

Atau istidlal dengan cara syeikh masing-masing mentahzir orang atau apa-apa alasan sekalipun

Ketahuilah,

Itu bukan sunnah nabi kita Muhammad saw, baginda tidak pernah berbuat demikian dan tidak pernah menyuruh kita berbuat demikian.

Lalu dari siapakah kita mengambil contoh?

لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة

Logil vs Dalil

Bila berlaku pertembungan antara logik akal & dalil naqli, hendaklah dalil naqli diutamakan. Tapi seringkali dalil naqli diletak ditempat yg tidak logik atau ditafsir dan digunakan tanpa mampu logik akal menerima. Lalu bagaimana?

Lalu berhentilah berbincang/berdebat kerana di situ tiada titik pertemuan. 

::mengajak kawan2 belajar dan berfikir::

Contoh ikutan


قال ابن مسعود رضي الله عنه: ((من كان مستنا فليستن بمن قد مات، فإن الحي لا تؤمن عليه الفتنة، أولئك أصحاب محمد صلى الله عليه وسلم، كانوا والله أفضل الأمة، وأبرها قلوبا، وأعمقها علما، وأقلها تكلفا، قوم اختارهم الله لصحبة نبيه وإقامة دينه، فاعرفوا لهم فضلهم، واتبعوهم في آثارهم، وتمسكوا بما استطعتم من أخلاقهم ودينهم، فإنهم كانوا على الهدى المستقيم)) -شرح السنة للبغوي-

Nikmat Kesihatan

Ketika sakit, duit tidaklah terlalu bernilai berbanding ubat, kos rawatan dan makanan-makanan mahal yang baik untuk kesehatan. Namun ketika sihat, duit juga sebenarnya tidaklah begitu bernilai ketika anda belanjakannya untuk makanan-makanan ringan, air gas, rokok atau apa-apa saja yang tidak baik untuk kesihatan.

Pada akhirnya, nilai duit itu sendiri tetap sama, hanya saja nilai diri kita sebagai manusia yg berbeza-beza. Antara mereka yang menghargai diri dan mensyukuri nikmat kesihatan dan antara mereka yang tidak. Jangan lupa, pembaziran juga berhak mengurangkan nilai diri seseorang. :)

Alahai Utusan

Ketika berjuta penghuni bumi melaknat dan mendoakan keburukan mereka yang bertanggungjawab menyebar gambar lucah dalam utusan, tak terbayang betapa dahsyatnya laknat dan keburukan yang didoakan para penghuni langit. Semoga yang lain segera mengambil iktibar. 

ربنا لا تؤاخذنا بما فعل السفهاء منا

Tandus Pimpinan

Kami ketandusan pemimpin teladan
Anak muda dibuatnya tiada pilihan
Bila politik kotor jadi mainan
Akhbar dan media sebagai medan
Fitnah menfitnah dan buka aib lawan
Mana kami nak letak kepercayaan
Bermacam manifesto yang dijanjikan
Baik pembangkang maupun kerajaan
Biarpun janji seindah rembulan
Tidak ada yang jadi jaminan
Bila taqwa tak jadi pakaian
Apa yang akan jadi jaminan
Bila akhlak tak jadi hiasan
Kalau perilaku tak bersempadan
Kalau Rasulullah saw tak jadi ikutan
Jangan harap nak jadi pilihan!!

Polis vs persepsi

Kecik-kecik dulu lagi dah kenal polis tu jahat.. 

Dulu pernah lepas rumah kena masuk pencuri, kami panggil polis, barang kemas yang masih ada tak terambil oleh si pencuri rupanya lesap dek polis yang suruh kami kosongkan rumah. Dan ini rasanya bukan cerita yang asing lagi bagi rakyat Malaysia.

Belakangan selalu dengar cerita polis suka cari makan dengan mengepau/mengapak pekerja-pekerja luar, ditahan diugut macam-macam dan diminta duit. Kes yang bukan rahsia lagi di kawasan kami. Belum lagi polis-polis yang cari alasan untuk tahan kereta demi sesuap nasi. Tiada saman untuk anda jika anda selitkan sedikit duit.

Ditambah lagi dengan kisah-kisah polis yang membuta tuli ikut arahan atasan dengan segala kebodohan seperti kes bom altantuya dll.

Kini terbukti lagi betapa israelnya polis kita membelasah manusia di BERSIH atas nama arahan dan kepuasan hati.

Bukan kami yang perlu betulkan pandangan kami terhadap polis, tetapi polislah yang perlu baiki imej dan sikap mereka. Layanlah kami selayaknya.

ZALIM!!

Katakan YA kepada Islam dan Keadilan, dan katakan TIDAK kepada kezaliman!!
Tidak akan bersatu Islam dan kezaliman.

KETAHUILAH,

Kafir itu zalim
Mensyirikkan Allah itu zalim
Gila kuasa itu zalim
Tidak telus dalam pilihanraya itu zalim
LGBT itu zalim
Liberal itu zalim
Makan duit rakyat itu zalim
Rasuah itu zalim
Politik fitnah-menfitnah itu zalim
Memburuk2 peribadi itu zalim
Keganasan itu zalim
Basyar Asad Itu zalim
Syiah itu zalim
Menghina sahabat Nabi saw itu zalim
Hedonisme itu zalim
Pelacuran itu zalim

Buang bayi itu zalim
Kristenisasi itu zalim
Gejala murtad itu zalim
Sekularisme itu zalim
PTPTN itu zalim
Riba itu zalim
Israel itu zalim
Penjajahan itu zalim
Berjudi itu zalim
Genting Highland itu zalim
AUKU itu zalim
Pembodohan rakyat itu zalim
Salah guna kuasa itu zalim
Paksa orang taat itu zalim
Taksub itu zalim
Jumud itu zalim
Menolak kebenaran itu zalim
TAK BUAT APA2 juga zalim

Banyak lagi kezaliman tak mampu disebutkan
Sekadar gambaran, tenatnya ummat ini.
Sekadar gambaran, banyaknya kerja kita.
Sekadar gambaran, luasnya medan perjuangan.

Tak perlu berebut kerja, itu namanya sombong.
Jangan saling menjatuhkan, itu namanya bodoh.

Allahumma waffiqna ilal khairi kullih..

Ramadan tiba lagi :)

Rindukan Ramadan? Jangan tunggu kedatangannya untuk mulakan sesuatu! Mulai langkah anda sekarang dan bersedialah menyambutnya, anda akan meraih nikmatnya. Kemanisan Ramadan bermula dari saat pertama anda melangkah :)

Kenapa ya?

Dengan gerakan LGBT yang semakin rancak menjelang BERSIH, juga penyimpangan aqidah yang memayungi semangat 'mahasiswa', ditambah dengan samsengnya pihak berkuasa, menandakan kita sebenarnya masih sangat-sangat jauh dari harapan. Belum kira pihak-pihak lain yang bijak menggunakan kesempatan. 

# Saya tidak terlalu optimis dengan perubahan melalui pilihanraya. Kenapa ya?

لا الصغيرة مع الإصرار
ولا الكبيرة مع التوبة والاستغفار

Sepatutnya hati ini cinta kepadaMu
Sepatutnya diri ini rindu kepadaMu
Tapi aku tidak mengerti...

::Raihan-edited::

Agama Nasihat :)

Perbaharui niat (tajdid) dan perbanyak/pelbagaikan (ta'did) niat yang baik-baik dalam setiap amalan. Semoga kita diganjari pahala berganda dalam setiap amal kecil yang termampu kita lakukan.

Dengan hidayah dan taufiq yang sepenuhnya milik Allah swt, siapalah kita tanpa penggantungan diri padaNya. Di mana nilai hamba jika tak pernah berharap pada Tuhannya.

Hidup ni, yang utamanya bukan soal senang susah, untung rugi atau menang kalah. Ia adalah soal keberkatan. Berusahalah mencari keberkatan, ia tidak akan datang sekali dengan dosa.

"إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرء ما نوى"

"ثم ذكر الرجل يطيل السفر أشعث أغبر يمد يديه إلى السماء يا رب يا رب ومطعمه حرام ومشربه حرام وملبسه حرام وغذي بالحرام فأنى يستجاب له"

"فمن اتقى الشبهات فقد استبرأ لدينه وعرضه، ومن وقع في الشبهات وقع في الحرام"

Senyum kambing

Seringkali ungkapan "jangan taksub" dikeluarkan oleh orang yang taksub dan ungkapan "jangan jumud" dikeluarkan oleh mereka yang sebenarnya jumud.

Orang Muda

Gelagat orang muda

Obses dengan dakwah, giat mengajak kepada sunnah, gila-gila memperjuangkan salafi

Tapi sayang

Dakwah tiada hikmah
Puas dan bangga dengan sedikit ilmu yg ada
Jumud dengan ulama' pilihan sendiri
Faham sunnah dengan definisi tersendiri
Buat satu sunnah tinggal seribu yang lain
Yang bersama semua sunnah, yang tidak semua bid'ah
Tidak mencerminkan akhlak salaf
Buat persatuan salafi tapi menafikan hizbi
Ikhwani serupa dengan kafir harbi
Fitnah dan jarah atas nama dakwah sunnah assalafiyyah

Masalahnya

Orang muda tolak dia suruh belajar dulu
Orang tua tolak dia kata "tajdid"

Bila nak muhasabah diri
Aku harap mereka kembali

Bait Muslim?

Lagi-lagi isu kawen. Kepada abang2 naqib dan akak2 naqibah di luar sana, 

Jadi naqib/ah tidak cukup faham polisi jemaah je, maslahah syar'iyyah pun kena faham juga, kerana matlamat kita daulatkan Islam bukan jemaah.

Anak buah (khususnya akhwat) kalau dah berumur tu, jangan kamu suruh tolak pinangan orang HANYA kerana berbeza jemaah. Apalagi kalau:

-kamu tiada alasan lain yang syar'i utk menolak
-kamu tidak memberi pilihan lain
-kamu bahkan tidak kenal orang yg meminang anak buah kamu itu

قال صلى الله عليه وسلم: (إذا أتاكم من ترضون خلقه ودينه فزوجوه إلا تفعلوه تكن فتنة في الأرض وفساد كبير) رواه الترمذي وغيره

http://almuaiqly-maka.yoo7.com/t294-topic


http://islamqa.com/ar/ref/10196

Berhati-hatilah, jangan kerana kita malah timbul fitnah. Anak buah dah berumur kita tunggu apa lagi? Naudzubillah.

Istisyarah lah. Nyatakan alasan bukan bagi arahan.

Saya nyatakan ini tidak khusus untuk mana-mana jemaah. Saya juga tidak menyatakan "match-making" itu salah. Saya menyokong pembinaan bait muslim berteraskan usaha dakwah dan tarbiyah. Ini fikrah maka saya sampaikan kepada semua. Saya sayang jemaah, saya juga sayangkan ummat ini. Baarakallah fiikum :)
Dalam sukar, hitunglah kesyukuranmu.
Dalam senang, awasi kealpaanmu :)


(lirik lagu)

Agama Nasihat :)

Ya, memang kita takde kepentingan dalam agenda orang lain. Tapi alangkah baiknya kita kedepankan husnuzzon kepada sesama muslim. Berkuasa atau tidak, berpengaruh atau tidak kita ni, janganlah sampai menjadi asbab penghalang kebaikan orang lain. 

** Orang awam pandai hidup berbilang kaum, para pendakwah kena belajar hidup berbilang jemaah. 

** Jangan kita pergunakan demokrasi dan kebebasan bersuara bila ada kepentingan sendiri, tetapi jumud dan sempit bila melibatkan pihak lain.

** Rasa tak suka seringkali menutup kebaikan orang lain walaupun kita tak tahu alasan kenapa kita tak suka.

Hidup kian sempit dek hati yang tidak bersih. Sama-samalah kita bersihkan hati. ^^
Kemanusiaan kian pudar. Keislaman apatah lagi.

Alhamdulillah :)

Awan mendung di kala senja
Camar menari melakar seri
Lara hati dipendam saja
Wajah berhias senyum berseri

Camar menari melakar seri
Menutup rutin hari yang panjang
Berbuat baik usah berhenti
Salah laku jangan dikenang

Lara hati dipendam saja
Dalam senyum mencari hikmah
Janji tuhan janji sempurna
Dia bersama senang dan susah

Wajah berhias senyum berseri
Memetik mawar merah menyala
Biarpun sakit tertusuk duri
Asal di hati aman bahagia

Teliti baca berita!

Cuba teliti baca berita., ada 2 kumpulan yang memberontak/berdemo. Yang pertama dalam barisan cantik dengan senjata bertakbir baca doa. Mereka ini yang membawa panji perjuangan rakyat. Satu lagi berkumpul berjoget menjerit-jerit. Ini pro basyar hasad. Ulasan berita macam semua rakyat syria gila. Kita jangan terpedaya.

Cinta ahlul bait

Anda tidak perlu menjadi syiah untuk membuktikan cinta kepada ahlul bait. Perbuatan anda membuat seakan-akan ahlussunnah tidak mencintai ahlul bait. Kami bukan saja mencintai ahlul bait bahkan kami mencintai seluruh sahabat Nabi saw tanpa terkecuali.

Syria oh Syria..

Iran dah tak berselindung lagi menyatakan sokongan terhadap Basyar Asad. Bantuan ketenteraan akan segera diberikan. Mereka bersatu dalam membentuk negara rasmi nusairy. Bersepakat atas nama satu agama (syiah) dgn pelbagai aliran. Umat islam jangan tertipu lagi. Andaikata Syria jatuh (wal'iyadzu billah), kuasa besar timur tengah ada di tangan mereka. Dari bahrain sampai iran. Mereka tidak melihat khalij sebagai ancaman kerana lemahnya Islam. Adakah Saudi akan dapat bantuan Amerika seperti suatu masa dahulu? Ayuh umat Islam, doa dan sokongan anda diperlukan!!

يقول النبي صلى الله عليه وسلم: (الحياء والإيمان قرناء جميعا) رواه الحاكم والطبراني وذلك معناه أنه إذا نقص أحدهما نقص الآخر.

من أعظم البلايا أن يمنحك الله همة عالية جدا ثم يحرمك من العمل بمقتضاها

Anak-anak - Didikan sekolah atau mak ayah?

Berapa ramai mak ayah sekarang yang bertungkus lumus hantar anak-anak ke sekolah Islam, tapi di rumah anak-anak tidak diberi didikan yang sama. Ramai yang berdoa anak jadi penyelamat mereka nanti, tapi tidak pula berusaha selamatkan diri. Ramai yang marah kat sekolah bila anak tak menjadi, tapi lupa anak ikut contoh siapa. Yang best lagi bila ada yang kata, nantilah tunggu anak besar baru ada masa nak ke masjid, kelas, pengajian dsb. Semoga Allah selamatkan kita semua dari fitnah dunia. Ameen.

Sketsa dunia. Jangan terpedaya!

Sketsa dunia barat (zionis-syiah) dlm membuat propaganda. Sila baca dgn tambahan (tiba-tiba) di depan.

1. Pasukan bola wanita Iran nak turun ke padang dengan memakai tudung.
2. Ada larangan dari FIFA.
3. Dunia terkejut. Ada yg menjunjung tinggi Iran dan ada yg mengutuk tindakan FIFA.

Kita kenal Iran, Bahrain, bahkan syiah yg ada di Malaysia. Tidaklah sedahsyat ini mereka amal dan agungkan etika muslimah dalam berpakaian. Jangan terpedaya.

Allahu Akbar!!

Tiba-tiba teringat almarhum KH. Imam Badri, salah seorang pimpinan pondok saya dulu. Seumur hidupnya dimanfaatkan untuk mendidik anak bangsa. Pengebumiannya diiringi hujan rintik2. Kemudian disusuli awan bertuliskan kalimah Allah dan Muhammad (saw). Hidup penuh berkat, perginya diiringi doa ribuan ummat. Allahu akbar..Allahu akbar..

Tak Faham

Saya tak faham kenapa kubu pro DHA dan anti DHA perlu ber"perang?" Ada yang seharian sibuk bertungkus lumus untuk pertahankan dan ada yg bertungkus lumus menjatuhkan beliau. 
Apa pejuangan anda? Atau apa yg anda perjuangkan sebenarnya?
Kadang banyaknya variasi dakwah dalam menuju matlamat yang sama bukan merugikan bahkan menguntungkan. Ke macam mana? Hmm...
RezekiMu ditagih dan dipinta
NikmatMu diraih dan dirasa
Namun diri ini terlupa..


(lirik lagu)

Dan Masa Terus Tertawa

Dan masa terus tertawa
Berpacu laju tiada hirau
Manusia rahi mengobar api
Perjuangan aku itu dan ini
Hati diracun sengketa dibaja 
Tak kenal musuh tak kenal diri

Dan masa terus tertawa
Nikmati manis jumud dan taksub
Kawan ditapis teman diayak
Lawan berlenggang terbahak-bahak
Perjuangan ini milik kami
Walau matlamat kita selari


Dan masa terus tertawa
Membaca sketsa pejuang agama
Berbalah bersangka berkata nista
Ini benarku itu sangat salahmu
Umatku sesat tiada jalan
Saban hari masih kebingungan


Dan masa terus tertawa

Tanpa toleh tanpa peduli
Rutin diulang hari dibilang
Ditinggal fikir tiada hasil
Terbiar sesal tidak berubah
Mati terpaku di satu noktah

Dan masa pun terus, dan terus tertawa...

AbgSalaam, 24-1-2012.

"Hebat"

Ummat semakin kronik, amanah di tangan tak terlaksana, tanggungjawab semakin banyak, masalah semakin besar. Sedang anda masih bergelut masalah jemaah dan parti. Hanya org "hebat" mampu lari undur ke belakang.

Ikhtilat


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

هذا ملف علمي متكامل ، يحتوي على بحوث ودراسات ومؤلفات ورسائل ومواد علمية حول موضوع الاختلاط .
نأمل منك إرساله للقائمة التي لديك ، لتصل الحقيقة إلى الباحث عنها ، ونحاول وأد الفتنة التي بدأت تفرض على بلادنا - كفانا الله شرها - ونسد هذا الباب الذي يريد عبيد الغرب أن يلجوا من خلاله لإفساد بلادنا وشبابنا وفتياتنا

http://www.saaid.net/female/k.htm

قال أبو عباس القدحي

Pesanan murabbi,

"Orang yg hebat adalah orang yang sentiasa memikirkan matlamat."
Gunakan kesempatan untuk kebaikan, sebelum segalanya terlepas dari genggaman..

Hudud - Allah lebih tahu dari kita tentang diri kita

Ada sebahagian kita yang masih "setengah2" menerima hukum Allah swt (hudud). Ada yang kata dah lapuk, tak relevan, kejam dan sebagainya. Lupakah kita bahawa Allah swt lah yg telah menciptakan sekalian manusia. Sudah pastilah Dia Maha Tahu yang terbaik buat kita. Sudah pastilah Dia yang paling layak mengatur dan menetapkan aturan-aturanNya. 

Cuba kita perhatikan. Senario yg biasa dlm kehidupan kita sehari2:
1. Melihat org lain dgn "suu'udzon".
2. Kemudian mencari2 kesalahannya.
3. Jumpa kesalahan, mulalah ia dijaja (diumpat) ke sana sini.

Sekarang cuba perhatikan pula firman Allah swt ini:
يا أيها الذين آمنوا اجتنبوا كثيرا من الظن إن بعض الظن إثم ولا تجسسوا ولا يغتب بعضكم بعضا - الحجرات 12

Cuba lihat terjemahannya. Subhanallah. Salah satu bukti bahwa Allahswt  Maha Tahu tentang manusia ciptaanNya. Diturunkan ayat sedetail itu untuk membimbing kita. Tepat dan jelas, sesuai dgn sifat kita, sesuai apa yg kita lihat dan alami sehari2.

Masih belum yakinkah kita sesungguhnya Allah swt lebih arif dan tahu dari kita, tentang diri kita?

Husnuzzon billah


Ingatlah Allah swt yang menjadikan kita, maka sesungguhnya Dia lah yang Maha Tahu tentang kita. Dia yang menjadikan alam ini, maka Dia lah jua yang Maha Tahu segala aturan dan tadbirannya. Ketika Allah swt mensyariatkan perintah-perintah dan larangan-larangan, siapalah kita untuk menolaknya, sedang Dia maha tahu segala-galanya.

Ketika kita diberi nikmat, janganlah terlalu gembira. Ketika kita ditimpa musibah, janganlah pula susah hati. Sesungguhnya Allah Maha Tahu apa yang kita tidak tahu. Adakah nikmat itu ujian bagi kita? Mungkin saja.. Adakah ujian itu tanda kasihNya? Mungkin saja..

Lalu kita bagaimana? Syukur, sabar, ikhlas, redha. Maka berdoalah. Sesungguhnya tidak ada yg mampu mengubah takdir melainkan doa. Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali.

اللهم أعنا على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك.

اللهم إنا نسألك من الخير كله عاجله وآجله ما علمنا منه وما لم نعلم، ونعوذ بك من الشر كله عاجله وآجله ما علمنا منه وما لم نعلم.

2 x 5

Fenomena fitnah menfitnah antara golongan pendakwah ni bukan hal yang baru. Hari ni A difitnah, jgn lupa dulu A pun pernah buat fitnah. Hakikatnya? Sama? X sama, yg insaf dan berbuat baik, itulah yang lebih baik. Innal hasanaat yuzhibnas sayyi'aat. Kalau melenting bila difitnah, tp tiba satu masa menfitnah juga, itu namanya dua kali lima. Allahul musta'an.

Suku Abad

Menjelang suku abad. Belum juga bermanfaat. Berjuta peluang disia-siakan. Masih mengharap kesempatan. Hati mengimani, namun tiada bukti. Zahir seakan bersyukur, sedang dosa tak terukur. Suku abad ditimbang nilainya. Tak tertanggung balasannya. Mungkinkah suku abad lagi. Atau mungkin beberapa hari. Persoalannya, adakah ia benar-benar dihargai?

Exam mode

Dunia peperiksaan. Ramai yang mula belajar menggunakan waktu sebaiknya. Ramai yang mula sedar pantasnya masa berlalu, singkatnya perjalanan. Setiap kali exam pun akan berulang cerita yang sama. Kemudian lupa lagi. Ingatlah di akhir sana ada peperiksaan, yg jauh lebih besar, jauh lebih dahsyat. Ketika itu hanya ada penyesalan, atas masa hidup yang disia-siakan. (naudzubillah min dzalik)

Hidup mulia mati syahid


من لم يقم بأداء واجبه نحو دينه ووطنه حذرا من التعب والموت فليس بأهل لأن يعيش، لأن الموت آت لا بد منه ولكن النفس الشريفة لا تموت

Terlalu banyak yang harus kita syukuri…namun adakah kita benar-benar mensyukurinya?

Fiqh Aulawiyyat??

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam
Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh


(lirik lagu)
Syiriknya lagu cinta

Cinta dan Manifestasinya


تعصي الإله وأنت تزعم حبه

هذا محال في القياس بديع

لو كـان حبك صادقا لأطـعتـه

إن المحب لـمن يحب مطيع

Bersepakat?

Saya yakin semua setuju jika saya kata banyak cara untuk menangani isu murtad.

Saya setuju pendapat mereka yang kata perlu kita tukar kerajaan kepada yg mahu mendaulatkan Islam. 
Saya setuju pendapat mereka yang mahu institusi zakat dan baitulmal diperbaiki.
Saya setuju pendapat mereka yang anjurkan Himpun untuk sedarkan ummat berkenaan isu ini.
Saya setuju dengan mereka yang pilih pendekatan praktikal seperti ziarah jiran sekampung, tolong menolong, memberi bantuan kemanusiaan dan saling mengingatkan.
Saya setuju dengan mereka yang pilih untuk berceramah di masjid-masjid dan mengadakan kursus2 keagamaan khususnya bab aqidah.
Saya setuju pendapat mereka yang katakan islah perlu bermula dari setiap individu muslim.

Bagi saya tidak ada satu pun pendapat yang ada ini bertentangan antara satu sama lain bahkan saling kuat menguatkan. Kenapa perlu ada fenomena saling menjatuhkan, saling memburukkan dan saling memboikot antara satu sama lain.

Tidakkah kita lebih perlu kenal siapa musuh dan siapa kawan sebelum masuk ke medan perang?

Ketahuilah, andai kata semua rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam, cukup makan dan hidup serba ada, kalau pun pemimpin kita telus dan harta zakat diagih dengan seadilnya, KETAHUILAH bahawa gerakan kristenisasi atau gerakan memurtadkan umat Islam tetap berjalan.

Berlapang dada lah kita. Bersikap terbuka dan saling terima. Kenalilah musuh kita. Fahamilah perjuangan kita.

Sekian.

Say NO to Gaddafi

Merasa prihatin dengan status-status facebook dan twitter yg terus menerus membela Muammar Gaddafi. Entah kerana kejahilan atau kepincangan aqidah. Allahul Musta'an. Hakikatnya, umat Islam masih tidak tahu apa yang diperjuangkan walaupun setiap hari melaungkan perjuangan.

Bebas

Kadang-kadang kalau baca paper yang menyentuh masalah sosial remaja, antara penyebabnya adalah pergaulan bebas. Buang bayi akibat dari pergaulan bebas. Zina dan hamil luar nikah akibat pergaulan bebas. Lari dari rumah, derhaka mak ayah akibat pergaulan bebas. Kawin lari pun kerana pergaulan bebas. 

Betul, itu semua pergaulan bebas dan akibat pergaulan bebas. Lebih dari itu, ketahuilah..

Keluar rumah tak tutup aurat adalah pergaulan bebas.
Tutup aurat tapi berbaju ketat adalah pergaulan bebas.
Ber"abang angkat" dan "adik angkat" adalah pergaulan bebas.
Ber'ym', 'skype' dan ber'fb' dgn lawan jenis yg bukan mahram adalah pergaulan bebas.
Keluar dinner dgn kawan2 campur lelaki dan perempuan adalah pergaulan bebas.
Tengok wayang dengan kawan2 laki2 dan perempuan walaupun tunang anda adalah pergaulan bebas.
Study group tanpa meletak batas yg patut antara lelaki dan perempuan adalah pergaulan bebas.

Pandangan saya terlalu keras? Saya telah menyalah ertikan bebas? Mungkin....
Tapi Islam mengajar kita mem"bebas"kan pergaulan kita dari segala yg diharamkan. "Bebas"kan pergaulan kita dari semua yang menimbulkan fitnah. "Bebas" kan pergaulan kita dari semua yg mengundang murka dan azab Allah.

Mari kita bersama hidup "bebas".
katakan "tak heran" pada Dunia..!!

Apa logiknya?

Andaikata seseorang ingin mengamalkan semua sunnah-sunnah Nabi saw dan fadhail-fadhail yang sabit riwayatnya dari hadis yang sahih, nescaya dia akan menyedari sedikitnya masa dan pendeknya umur manusia. Kita tidak mampu melaksanakannya kecuali sedikit. 


Lalu apa logiknya apabila manusia berusaha mengisi masa dengan amalan-amalan dari hadis yang dhaif, apatah lagi yang tak ada asal sama sekali dalam syariat?